Tuesday, 15 March 2016

A Famosa Water Park



Terletak di Melaka,selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Waktu operasi water park:
Isnin- Jumaat :11.00 pagi-7.00petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :9.00am – 7.00pm
Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum.

Boleh tengok info lengkap di website http://www.afamosa.com/theme-park/water-theme-par/

Taman Desa Water Park



Satu-satunya taman tema air di Kuala Lumpur, tarikan utama di sini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt . Untuk makluman Thunderbolt tidak beroperasi pada hari kerja isnin hingga jumaat.
Waktu operasi water park:
Isnin - Jumaat : 10.30 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10.00 pagi - 6.00 petang

Boleh tengok info lengkap di website http://www.desawaterpark.com.my/

WET WORLD WATER PARK


Taman Tema WET WORLD WATER PARK ini terletak di Shah Alam.Pelbagai permainan yang ada, seperti gelongsor air berbukit atau " monsoon buster " yang terpanjang di dunia dan yang pertama di rantau Asia.World Wet  ini terletak di tebing tasik Shah Alam dan dibuka pada tahun 1995.Tiket masuk ke Wet World ini boleh dikatakan agak lebih murah berbanding taman tema air yang lain.

Waktu operasi ​:
Isnin - Jumaat ​: ​01.00 pm - 07.00 pm (tutup pada hari rabu) ​
Sabtu-Ahad ​: ​​10.00 am - 07.00 pm

Boleh tengok info lengkap di website http://www.mbsa.gov.my/en-my/infoshahalam/tamanrekreasi/Pages/wet_world.aspx

GAMBANG WATER PARK


Taman tema air yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Taman air Bukit Gambang ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang.

Waktu operasi operasi water park:
Isnin, Rabu & Khamis : 10.30 pagi - 6.30 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 9.30 pagi - 6.30 petang

Boleh tengok info lengkap di website http://www.bgrc.com.my/

LEGOLAND


 Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama dibuka di Asia. Terletak di Nusajaya ,  Johor. Jika datang bercuti di Johor anda boleh mempertimbangkan untuk menginap di Hotel  Legoland yang menarik dan unik. Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

 Boleh tengok info lengkap di website Legoland.

SUNWAY LAGOON


Terletak di Bandar Sunway Subang Jaya, Selangor. Taman tema ini, merupakan yang paling popular di Malaysia. Antara permainan yang ditawarkan adalah Water park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan lain-lain. Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Boleh tengok info lengkap di Sunway lagoon